Friday, 4 December 2015

Filled Under:

TERUS TERANG SAYA TAK BOLEH KELUAR RUMAH SAMPAI KERING AIR MATA - TAUKE JAMBU




“Pak Yus Banyak Termenung” – Tauke Jambu



Pemergian Pak Yus pastinya paling dirasai oleh rakan rapat arwah Tauke yang menjadi gandingan bersama dalam menghiburkan peminat. Kehilangan Pak Yus ahad lalu memberikan
tamparan hebat buat beliau.

Menerusi bual bicara dengan Meletop, Tauke menyatakan rasa sebak dan kekeringan air mata dengan pemergian sahabat karibnya itu.



Ini komen Tauke: (MeleTop)

“Terus terang saya tak boleh keluar rumah sampai kering air mata, tak tahu macam mana nak luah lagi. Ditambah dengan komen penghargaan kepada Yus. Setelah membaca komen, mengalir air mata. Rasa sebak.



Sementara ini saya tak sanggup (buat job) sebab job yang saya dapat ini berganding dengan dia (Yus). Sekarang sedang lapangkan dan tenangkan fikiran.



Kita kena menghargai orang, kita kena merendah diri.Dia antara orang paling rajin melayan kawan-kawan, bila dia tiada, orang sangat-sangat terasa. Dia tak sombong.



Saya nak berterima kasih kepada semua kawan-kawan yang beri penghargaan kepada arwah Yus Jambu.”



Manakala melalui bull biker breast program Hlive pula, Tauke memberitahu airway Pak Yus banyak termenung sejak akhir akhir ini.  Tak kira dalam meeting mahupun perjumpaan, arwah banyak termenung.

Semoga Tauke tabah mengharungi detik sukar saat ini dan redha dengan pemergian insan yang disayangi oleh semua  orang.


Credit gambar : Memey




1 comments: