Hari ini genap 3 hari Pemergian Tunku Abdul Jalil yang menderita kanser tahap 4. Telatah dan sikapnya yang merendah diri disanjung sehingga digelar putera berjiwa rakyat tersemat di ingatan.
Sedangkan kita yang hanya mampu melihat dari kejauhan dan menangisi pemergian seorang insan yang sangat baik apatah lagi ibu kandungnya Raja Zarith Sofiah yang meluahkan perasaan sedih menerusi laman Facebook sebentar tadi.
A letter to my son, Jalil..
kesakitan yang amat sangat. Lil sebenarnya hendak kekal tinggal di rumah : Lil telah terlalu kerap ke hospital. Namun Allah S.W.T., Yang Maha Mengetahui, menempatkan Lil disana agar kami, keluarga Lil, dapat meluangkan sebanyak masa bersama Lil.
Mama menyimpan seribu satu kenangan tentang Lil ketika Lil menghabiskan hari hari terakhir Lil di dunia ini.
Mama terkenang satu ketika sewaktu Lil memejam mata dan air mata menitis di pipi Lil, semasa Lil cuba melawan kesakitan yang ditanggung. Mama memegang tangan kiri Lil dan menangis.
Mama mencuba sedaya upaya untuk menahan sedu sedan Mama dari kedengaran. Mama fikir, Lil tidak nampak Mama menangis kerana mata Lil pejam. Tapi Lil tahu. Lil meletak tangan kanan Lil diatas tangan Mama dan menepuk nepuk dengan perlahan, seolah berkata “Jangan menangis, Lil tidak apa apa.”
Dimana anak mama yang lagi seorang?
Mama ingat semua mesej pesanan ringkas yang Lil hantar kepada Mama. Bila Mama mengatakan bahawa Mama telah berdoa untuk Lil, Lil membalas dengan mengatakan bahawa Lil juga telah berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. biarlah Lil yang menanggung semua kebimbangan Mama. Bila mama melihat makam Lil, hati mama dipenuhi keperitan. Mama masih terbayangkan detik ketika Babah, abang dan adik Lil memenuhkan kubur dengan tanah sementara Boo dan Inah berdiri disisi Mama. Mama memandang kearah abang dan adik Lil, dan membilang hanya tiga anak lelaki. Boo disisi Mama.
Anak lelaki Mama lima orang. Dimana anak mama yang lagi seorang? Dan Mama baru tersedar bahawa Lil yang tiada. Lil kini berada dibawah timbunan tanah itu.
Dan pada ketika itu, Mama menadah kedua tangan mama dan berbisik, “Sesungguhnya dariMu kami datang, dan kepadaMu jua kami kembali. Daku memulangkan kepadaMu, Ya Allah, anakku.”
Moga Lil ditempatkan bersama mereka yang soleh.
Ya Allah sedihnya kami membaca nukilan dari hati seorang ibu terhadap anaknya yang cukup dikasihi. Tak mampu kami menahan sebak. Semoga bonda almarhum tabah dan kuat menghadapi ujian dari Allah. Al Fatihah buat Almarhum Tunku Jalil.
0 comments:
Post a Comment