Thursday, 10 December 2015

Filled Under:

BALA BENCANA AKAN MENIMPA JIKA RAKYAT TOLAK UMNO - NAJIB TUN RAZAK



Rakyat Malaysia hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada memilih Barisan Nasional (BN) yang didominasi UMNO atau pakatan pembangkang yang didominasi DAP yang didakwa anti perjuangan Islam.


Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sekiranya rakyat Malaysia menolak UMNO, negara ini akan diperintah oleh mereka yang memperjuangkan anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan juga Bumiputera.

“Bencananya yang akan menimpa. Apakah kita mahu masa depan anak dan cucu dan agama Islam dipertaruh kepada selain daripada kepimpinan Melayu dan Islam sedia ada? Nauzubillah…” 

Menurutnya lagi, kerajaan Malaysia tidak akan mengamalkan sistem dua parti walaupun walaupun negara mengamalkan sistem demokrasi. Ini merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamed yang menyifatkan tidak ada satu parti sahaja yang dapat kekal memerintah buat selamanya.



Malah sistem dua parti seperti yang diperkatakan Dr Mahathir itu hanya akan membahayakan negara.

“Mana boleh perkara ini kita terima? Bukan atas dasar kita tidak faham pengertian demokrasi, tetapi dari sudut falsafah dan perjuangan UMNO itu sendiri yang memartabatkan bangsa dan mempertinggikan syiar Islam.




Tegas Najib, beliau tidak akan memberi ruang kepada mana-mana individu tertentu untuk melaksanakan sistem dua parti ini, sekali gus mengingatkan perwakilan agar lebih berwaspada.“Jangan sampai kita tersilap langkah, jangan sampai kita terjun ke dalam perangkap ini,” 




1 comments:

  1. Play Slots at the World's Best Casinos - TJ Hub
    Play 김제 출장안마 slots at the 개집 왕 world's best casinos. We offer free games 남양주 출장마사지 and casino credit for US players. 충청북도 출장샵 No sign-up 의왕 출장안마 or deposit bonus codes needed.

    ReplyDelete