Wednesday, 9 December 2015

Filled Under:

‘Saya Tak Nak Kubur Saya Nanti Dikencing Rakyat !’ - Datuk Seri Shafie Apdal



"Saya wakil rakyat, bukan wakil diri saya. Kalau saya wakil diri saya, saya diam la, saya nak jawatankan, tapi (sebagai) wakil rakyat, takkan saya nak diam, kerana banyak soalan yang di tanya rakyat.


"Saya tak nak nanti bila saya dah meninggal dunia, kubur saya dikencingkan. (Saya tak nak mereka berkata) apa jenis wakil rakyat Semporna ini. Dia tak buat apa-apa untuk rakyat atau negara," 

Menurut Datuk Seri Shafie, beliau akan terus menerus bersuara tentang isu berkaitan rakyat kerana tidak mahu kerana kerja yang telah diamanahkan oleh rakyat akan kencing atas kuburnya.

Malah Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah itu juga mahu Datuk Seri Najib Razak membuktikan bahawa sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya, telah digunakan untuk Umno.

"Beliau perlu membuktikannya kepada rakyat. Berapa orang yang terima duit ini? Kalau untuk Umno, kenapa tak dibincangkan dalam Majlis Tertinggi Umno, apa kegunaan dan ke arah mana kita guna duit ini.

"Mungkin cara dia menggunakannya. Dia beranggapan dia presiden, maka ia untuk kebaikan Umno," 


Datuk Seri Shafie Afdal dan juga Muhyiddin telah digugurkan daripada kabinet sebelum ini kerana dilihat lantang mengkritik 1MDB yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan beban hutang syarikat tersebut.


"Saya tidak kecewa dipecat kerana perdana menteri mempunyai hak untuk memilih anggota kabinetnya, tetapi saya juga mempunyai hak, sebagai naib presiden Umno, untuk terus menyuarakan pandangannya mengenai isu-isu rakyat," katanya.




0 comments:

Post a Comment