Ramai yang tidak tahu allahyarham Pak Yus Jambu atau Yussry Edoo,39, merupakan seorang yang paling baik kepada rakan-rakannya. Selain itu, Pak Yus seorang yang sangat pemurah dan mengambil berat rakan rakannya.
Paling rapat dengan Allahyarham ialah Che Mat Raja Lawak yang juga dari Perlis. Beliau sama sama mengharungi saat susah senang bersama Allahyarham dari zaman pelawak itu aktif menjadi artis Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Perlis.
Menurut Che Mat atau Mohd Rahmat Saidin,31, kali terakhir dia menghabiskan masa bersama Allahyarham Ogos lalu bermain bola bersama dengan rakan-rakannya yang lain.
Setiap malam dalam tempoh dua minggu itu, kami bermain bola dan futsal, Pak Yus yang membayar semua duit permainan kami sama ada di gelanggang futsal dan di padang termasuklah menaja jersi yang dipakai kami.
“Jika bermain futsal kami akan main sehingga dua jam, manakala jika bermain bola sepak, dialah yang membayar duit sewa padang RM300 untuk pasukan kami, dia langsung tidak berkira malah selepas bermain dia akan belanja kawan-kawan makan dan minum,”
Malah sedikitpun arwah Pak Yus mengungkit dengan apa yang dikeluarkan nya untuk rakan rakan.
Bayar bil bersalin RM2,000
Paling tidak akan dilupakan Che mat apabila Pak Yus pernah membantu membayar bil bersalin isterinya 4 bulan lalu sebanyak Rm2000.
“Ketika itu, saya belum menerima bayaran bagi lakonan dalam sebuah rancangan. Selepas menerima bayaran, saya terus menghubunginya untuk melunaskan hutang saya dengan Yus, tetapi Yus enggan terima dan menganggap bayaran itu sebagai sedekah kepada anak saya.
“Isteri saya sendiri sangat terharu dan kami menangis sebaik sahaja mendapat tahu dia sudah tiada,” ujarnya yang pernah menyertai pertandingan Raja Lawak pada 2007.
Duit Yus bukan miliknya
Seorang lagi rakan Pak Yus, Hanuar Hussin, 41, berkata, dia mengenali Yus sejak di sekolah menengah iaitu pada 1989.
Katanya, Yus pernah menyebut bahawa duit yang diperolehi melalui hasil usaha kerasnya bukanlah milik dia seorang, tetapi adalah milik semua orang. Betapa mulianya hati Pak Yus.
“Kerana itulah dia tidak pernah melupakan rakan-rakannya. Apabila Yus balik ke Perlis dan tidur di hotel sekitar Kangar, pasti ramai kawan yang akan menemaninya di meja makan.
“Malah sebulan sebelum kematiannya, dia ada datang berjumpa saya untuk memberikan duit kepada anak-anak saya, mesti dia akan hulurkan RM100 untuk saya setiap kali dia pulang ke sini,” katanya.
Ramai ambil kesempatan
Seorang lagi rakan, Saiful Andri Tan, 43, atau Pon, sikap pemurah Yus menyebabkan ramai yang mengambil kesempatan untuk meminjam duit daripadanya, malah ada yang sanggup menipu Yus kerana duit.
“Tetapi itulah Yus, dia tidak pernah mengungkit atau merasa dirinya tertipu, di mulutnya hanya perkataan halal yang keluar jika orang tidak membayar hutang.''
Antara ayat yang selalu keluar daripada mulut Pak Yus ialah ‘biar aku menangis sambil berlari dalam hujan’. Ayat itu saya akan ingat sampai bila-bila.
"Disebabkan kehidupannya yang pernah susah sebelum ini, maka dia tidak mahu orang lain menempuh perkara yang sama seperti dia lalui,” ujarnya.
“Namun ALLAH lebih sayangkan Yus, dia pergi meninggalkan kenangan yang tak mungkin saya dan rakan-rakan lain lupa,”
Semoga syurga buatmu Pak Yus. Al Fatihah.
0 comments:
Post a Comment