Friday, 4 December 2015
Filled Under:
luar negara
7 GANGSTER WANITA YANG PALING MENAKUTKAN & JAHAT Di DUNIA
Posted By:
Unknown
on 02:42
Wanita, selain kelembutan boleh bertukar menjadi manusia yang paling kejam dan menggerunkan.
Dan lebih menakutkan lagi apabila wanita yang memberikan arahan itu adalah seorang ketua gangster ataupun 'God Mother'.
Bagi korang yang fikir dunia jenayah hanyalah permainan lelaki pasti akan berfikir dua kali setelah mengenali mereka.
Inilah dia 7 wanita yang paling ganas dan buat korang terfikir, ada ke wanita jenis ini dalam dunia kita?
Judy Moran
Judy Moran, wanita berusia 66 tahun memimpin gangster terbesar di Melbourne.digelar dengan gelaran 'Family Matriarch'.
Xie Caiping
Hampir beberapa tahun yang lalu, kota Chongqing, China melakukan tindakan tegas membenteras keganasan. Satu operasi besar-besaran menangkap hampir 1,500 suspek yang kesemuanya berada di bawah pimpinan wanita ini iaitu Xie Caiping. Caiping menjalankan perniagaan kasino secara haram dan bertanggungjawab untuk mengawasi polis bagi melindungi anak-anak buahnya.
Sandra Avila Beltran
Dengan gelaran "Ratu Pasifik', Sandra lahir dan dibesarkan untuk menjadi 'God Mother' di Mexico. Bapa saudaranya pula adalah 'God Father' Mexico. Sandra bertanggungjawab dalam merapatkan hubungan antara kartel Valle del Norte Colombia dan kartel Sinaloa serta membantu mengembangkan aktiviti penyeludupan di sepanjang Pantai Pasifik Mexico. Sandra dipenjarakan atas tuduhan jenayah terancang, penggubahan wang haram dan konspirasi pengedaran dadah.
Rosetta Cutolo
Wanita ini menjadi seorang gangster ekoran merasa sedih dan kecewa ketika saudaranya ditangkap polis Itali. Dia meneruskan perniagaan yang dijalankan saudaranya itu. Dia disenaraikan sebagai suspek yang paling dikehendaki di Itali kerana termasuk dalam keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling ditakuti di Itali. Setelah menyerbu markas polis Itali pada tahun 1981, dia menghabiskan masa selama 10 tahun sebagai buruan sehinggalah dia akhirnya menyerah diri.
Maria Licciardi
Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua keluarga Licciardi dan 'Capo di Tutti Capi' sebuah kumpulan gangster dari Napoleon. Dibawah pimpinannya, keluarga Licciardi lebih tersusun dan lebih menguntungkan dalam semua usaha mereka. Mungkin sumbangannya yang paling penting adalah memperkenalkan industri pelacuran di Camorra. Padahal sebelum itu ada beberapa kod etika yang melarang mafia mendapatkan wang hasil daripada pelacuran
Maria Leon
Seorang ibu berusia 44 tahun dengan 13 anak mungkin kedengaran tidak bahaya. Tapi berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi ketua sindiket pengedaran dadah terbesar yang menguasai timur laut Los Angeles dan Beirut. Dia menyusun perniagaannya dan pada masa yang sama memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya. hmm.
Griselda Blanco
Ketika usianya baru saja mencecah 11 tahun, dia menculik kanak-kanak keluarga kaya yang tinggal bersebelahan dengan tempat tinggalnya untuk mendapatkan wang tebusan. Apabila ibu bapa kanak-kanak yang diculiknya tidak mahu membayar wang tebusan, dia akan membunuh kanak-kanak tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment