Monday, 7 December 2015

Filled Under:

Saya Tidak Kisah Orang Label Mulut Jahat - RITA RUDAINI



Rita Rudaini merupakan seorang yang sangat lantang dalam mempertahankan hak nya sebagai seorang isteri dan ibu kepada 2 anak lelaki tersayang. Malah kelantangan beliau menyebabkan ada segelintir yang kurang senang. Namun melihat kepada ketabahan Rita mengharungi hidup, bukan lah perkara mudah yang mampu dilakukan oleh ibu kepada 2 orang anak ini. 



Pelbagai tohmahan dan hinaan yang diterima namun semuanya ditelan oleh Rita dengan lapang dada. Ini komen beliau;

Tidak kisahlah jika orang tidak suka atau melabel saya wanita mulut jahat. Sebabnya saya cakap benda yang benar-benar berlaku dalam kehidupan sendiri. Saya tidak pernah kacau atau maki orang lain. Sebelum ini saya sembunyi kahwin, orang keji juga. Jadi, lebih baik saya pilih berkata apa yang betul dan tidak hipokrit

Ada orang minta saya berhenti bercakap dengan pihak media. Masalahnya orang di luar sana tidak faham, bukan saya yang mencari media, tetapi sebaliknya. Kerja saya sebagai pelakon sering bertemu dengan pihak media. Apabila disoal saya akan beri kerjasama. Saya terima hakikat kisah peribadi lebih banyak diperkatakan kerana realitinya kes rumah tangga masih belum berkesudahan.

Namun agak menyedihkan apabila 2 orang anak Rita seperti diabaikan oleh bapanya sendiri yang kini lebih bahagia dengan zareema zainal. 

Memang ada usaha untuk rapatkan hubungan Aidil dan anak-anak terutama yang bongsu langsung tidak kenal siapa bapanya. Sebelum dia berkahwin baharu, ada juga datang jenguk anak-anak. Namun, sudah lama dia tidak jenguk anak atau hubungi menerusi telefon. Saya lakukan apa yang termampu sahajalah, jika dia yang tidak mahu, tidak apalah.



Kami percaya 2 orang anak kesayangan Rita ini menjadi kekuatan untuk terus menjadi ibu dan juga bapa kepada mereka berdua. Apa jua rintangan, kami harapkan Rita kuat dan hadapi dengan tabah. 




0 comments:

Post a Comment