Tuesday, 8 December 2015

Filled Under:
,

KJ Bersuara : "Takkan Nak Suruh Rakyat Jalan Kaki"

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kini bersuara dalam Ucapan Dasar Ketua Pemuda sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno 2015 hari ini. Beliau bersuara kepada kerajaan supaya menghentikan sebarang keputusan yang akan membuatkan ekonomi rakyat terbeban.

Malah Amaran tersebut telah dikeluarkan oleh KJ apabila rakyat terus dibebani dengan tekanan ekonomi yang melampau termasuklah kenaikan harga tambang ERL, LRT, Komuter dan Monorel. Semakin hari semakin banyak kenaikan harga bukan saja barangan malah setiap keperluan untuk hidup. 


Menurut KJ menerusi MSTAR:

"Umum tahu 2015 merupakan tahun yang mengejutkan rakyat dengan pelbagai kenaikan. Satu demi satu harga dan tambang meningkat. Beban tanggungan rakyat turut meningkat.

"Walaupun kita faham beberapa langkah pedih terpaksa diambil tetapi hakikatnya, rakyat sudah tidak boleh terima lagi dan sudah sampai ke breaking point. Jadi cukup-cukuplah.

"Jangan ditambah lagi bebanan rakyat. Jangan dicurah lagi minyak ke atas api kemarahan rakyat yang marak membara.  Pemuda mahu Kerajaan hentikan segala kenaikan selepas ini. Enough is enough," 


KJ memberi masa selama 2 tahun kepada kerajaan untuk membuktikan hasil yang diperolehi dari kenaikan yang dilakukan sekarang ini.


"Dua tahun akan datang ini, oleh kerana kita sudah membuat segala penjimatan melalui GST, pemotongan subsidi, kenaikan tarif, tambang, tol dan sebagainya, Pemuda hanya mahu mendengar berita yang baik-baik dan menyenangkan rakyat sahaja.

"Inilah masanya kita gunakan segala penjimatan yang dikatakan kita perolehi daripada segala langkah pedih ini, untuk menggembirakan rakyat. Tunjukkan bahawa langkah penjimatan selama ini boleh membawa kebaikan pada mereka," 


Malah, Pemuda Umno berharap golongan muda juga akan diberikan diskaun khusus oleh kerajaan untuk menggunakan pengangkutan awam seperti yang dinikmati oleh warga emas.

"Selama ini bila tol naik, kita minta anak muda guna pengangkutan awam. Tapi sekarang, lepas kita naikkan harga tol, tambang komuter, tambang ERL, segala-gala tambang pun naik juga. Apa lagi pilihan yang ada pada rakyat, nak suruh mereka jalan kaki?

"Saya tengok kesan kenaikan tambang Komuter contohnya, begitu membebankan.  Buatlah diskaun untuk belia bagi pengangkutan awam. Jangan harga dinaikkan semata-mata, tanpa langsung memikirkan langkah-langkah yang boleh meringankan beban tambahan ini," katanya.


KJ berucap ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno 2015 hari ini.



Semakin hari, taraf hidup rakyat di negara kita sendiri semakin sukar. 




0 comments:

Post a Comment