Friday, 4 December 2015
Filled Under:
hiburan
‘I Taktau Nak Buat Apa Kat Sana’ I- ni Sebab Kenapa Johan Tidak Hadir Di Tribute Mengenang Pak Yus
Posted By:
Unknown
on 20:59
'i tak tahu nak buat apa kat sana' Itulah jawapan Johan kepada Ozlynn Wati apabila diajak oleh isterinya itu ke majlis Tribute to Pak Yus yang disiarkan secara langsung oleh Astro semalam selama 3 jam.
Menerusi lama instagram Ozlynn, dia cuba mengajak suami nya itu ke sana ''Pergi jelah mungkin sampai sana nanti awak tahu apa nak buat''
Namun ini reaksi Johan,
"Sayang, i dapat mandikan dia sayang dan i rasa itulah perkara yang terbaik yang i dapat buat untuk kali terakhir, i dapat tatap muka arwah sebelum dia dikebumikan dan i tidak dapat tengok lagi muka arwah, i nak "perform' apa lagi.?"
"Untuk i kali terakhir i mandikan dia tu lah yang i "perform" untuk dia,"
Sungguh deep ayat Johan sehinggakan isterinya terdiam.
Sama sama lah kita doakan semoga arwah Pak Yus tenang di sana. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment