Tuesday 8 December 2015

Filled Under:

"Kalau Tok Arab Tu Gila Pun Dia Takkan Bagi Duit RM2.6 Bilion," - Tun Mahathir



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Presiden UMNO supaya menjelaskan kedudukan kewangan parti berkenaan.


"Saya nak tahu adakah terdapat duit RM2.6 Bilion tersebut, kalau tidak ada, di mana wang tersebut,?" 
Tun berucap di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru semalam.

Dalam pada itu, Tun juga mempersoalkan jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri di mana duit sebanyak Rm2.6 billion itu adalah dari derma. 

"Saya ingat kalau tok arab itu gila pun dia tidak akan bagi banyak itu," kata sinis beliau yang mendapat sorakan dan tepukan hadirin.


Malah, sebelum ini Tun Mahathir juga pernah meminta ‘derma’ daripada negara arab untuk membina Universiti Islam Antarabangsa namun  negara arab hanya memberikan sedikit kitab dan bukannya ‘derma’ dari bentuk kewangan. 




0 comments:

Post a Comment