Sunday 6 December 2015

Filled Under:

Ku, Tunggu Patik Ku, Patik Nak Tengok Ku Buat Kali Terakhir - Nomad






Ku, Tunggu Patik Ku, Patik Nak Tengok Ku Buat Kali Terakhir - Nomad

Nomad, penyanyi terkenal dengan lagu Tetap Menantimu. lagu popular dari drama bersiri Mr Arrogant  berkongsi rasa sedih di atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang diketahui umum begitu rapat dengannya.

Di Instagramnya, Nomad memuatnaik gambarnya bersama Tunku Abdul Jalil yang pernah dimuatnaiknya ketika sambutan hari lahir Almarhum, Julai lalu dengan mesej yang cukup sedih.


"Innalillahiwainnailaihirojiun...Ya ALLAH, tempatkanlah sahabatku di kalangan orang-orang yang terpuji. Al-Fatihah.




"Saya sangat rindukan Ku (Tunku)... sangat rindu. Saya kehilangan bos saya, abang saya, raja saya. Kami sayang Ku.

"Ku, tunggu patik, Ku. Patik nak tengok Ku buat kali terakhir. Al-Fatihah," tulisnya, malam tadi.





3 minggu lalu, Nomad ada memuatnaik gambarnya menziarahi Almarhum di hospital.

"Semoga cepat sembuh my boss, YAM TLJ, Tunku Jalil. Kami doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

"Kami rindu lawak Ku. 'Be strong Ku!," tulisnya


Almarhum sebelum ini seringkali berkongsi gambar bersama Nomad di laman instagramnya dan kehilangan ini pasti amat dirasai.


Almarhum mangkat petang semalam jam 7 petang selepas dikenalpasti mengidap penyakit kanser hati tahap 4. Al Fatihah. Semoga roh almarhum tenang di sana.





0 comments:

Post a Comment