Saturday, 5 December 2015

Filled Under:

MATA GADIS INI HAMPIR BUTA & DIPENUHI ULAT AKIBAT KERAP PAKAI CONTACT LENS?



Mungkin sukar anda nak percaya tapi itulah realitinya. Mata seorang gadis yang kerap memakai contact lens telah menyebabkan matanya dipenuhi ulat dan sekaligus menyebabkan hampir buta.







Mata beliau mula sakit ketika bulan Jun dan walaupun telah pergi ke klinik, tiada apa apa yang dikesan. Selepas raya, mata beliau semakin parah apabila terdedah kepada cahaya matahari, terasa seperti dicucuk. Mata mulai bengkak, berair dan menyedihkan lagi bernanah.

Selepas mendapatkan rawatan pakar di hospital, dari situ dapat melihat ulat kecil, bakteria dan lain lain yang membiak dalam mata.







Selepas mengambil rawatan, kini beliau dah semakin pulih.


Selalunya, contact lens ini mungkin jadi macam ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya kebersihan, pencemaran dan juga tarikh luput. Pastikan korang yang pakai contact lens tu sentiasa periksa betul betul takut terkena macam ni. Mata takkan ada spare part.


Ini perkongsian dari saudari Marisa Edora;

Ok memandangkan banyak permintaan suruh saya share pengalaman kena ulser kornea mata ni baru sekarang saya ready nak share . Dari bulan jun saya dah sakit mata beberapa kali jugak la ke hospital ke klinik tapi still jugak dorang cakap takde apa2 sampai la lepas raya tu saya langsung x boleh kena cahaya matahari silau yg amat sangat macam kena cucuk . Mata merah , bengkak n berair . Sakit hanya Tuhan tau . Bergegas pergi hospital yg ni terus hantar pakar dorang detect yg mata saya sangat teruk ada ulat kecil , bakteria , nanah , kulat n bermacam bagai jenis kuman la membiak kat dalam tu . Gambar yg lain saya x nak tunjuk nanti korang x selera makan . Hehehe ... Yg paling sedih dorang cakap 50/50 nak pulih sebab dah timbul putih hampir keseluruhan kat mata hitam . Saya memang x nampak apa2 pun masa tu . Gelap gelita . X tau nak bayangkan perasaan masa tu . Dua minggu jugak la admit . Asalnya saya memang kerap pakai lens . Saya rabun jauh x nak pakai spek . Degil sangat kan dah kena . Sakit tangkap urat kepala sampai bengkak . Memang x lena tidur . Sakit teramat sangat . Sekarang saya dah pulih cuma penglihatan yg kanan agak teruk degree biasa sebelum kena ulser 300 sekarang naik 600 silau 350 . Tebalnya degree ! So ... anda pilih cermin mata @ lens ? Pikir la sendiri ! Huhuhu ... terima kasih x terhingga pada ayah , my stepmom , kakak , abang n family , insan yg banyak bagi sokongan Mohd Zainudin @ Azan Lisza , kawan2 rapat , kawan2 fb , kawan2 wechat n semua yg mendoakan kesihatan saya . Terima kasih banyak2 ...




0 comments:

Post a Comment