Friday 4 December 2015

Filled Under:

"Mana Kaki Abang Sebelah Lagi Ma?", Tanya Sarjan Sanip Kepada Isterinya



“Mana kaki abang yang sebelah ma,” tanya Sarjan Sanip Tukiman, 49 kepada isterinya selepas sedar dari koma. Sarjan Sanip mengalami kemalangan jalanraya ketika bertugas pada 6 novembar lepas.



Menerusi sinar harian, Sarjan Sanip menyedari kaki sebelahnya tiada ketika dimandikan jururawat. 

Menurut Sanip;

“Sebaik sahaja sedar, saya nampak hujung kaki kanan tapi saya tak nampak hujung kaki kiri dan saya hanya sedar kaki kiri tiada masa staf 'nurse' mandikan saya jam 8.30 malam namun, saya hanya diam dan berniat untuk bertanyakan isteri keesokan hari.

“Esoknya saya tanya, mana kaki abang yang sebelah ma? Isteri jawab... istighfar bang, abang kena banyak sabar, ini semua kuasa ALLAH,” 


Sebelah kaki Sanip terpaksa dipotong kerana urat pembuluh darah yang tidak lagi berfungsi dan bapa kepada empat cahaya mata ini redha dengan ketentuan Allah.






0 comments:

Post a Comment