Monday, 7 December 2015

Filled Under:

Jururawat Yang Disakat Oleh Tunku Jalil Kongsi Detik Terakhir Menjaga Tunku Jalil Ketika Sakit



Sebut saja rakaman video Almarhum dengan seorang jururawat pasti anda terlintas, rakaman video bagaimana Almarhum menyakat seorang jururawat Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) sehingga menjadi viral..



Video tersebut yang berdurasi 0.36 saat itu memaparkan gelagat Allahyarham menyergah jururawat senior wad berkenaan, Selmi Hamdan, 60, dan pasti beliau antara yang terkesan dengan pemergian Almarhum. 


Menurut Selmi, Almarhum merupakan seorang anak raja yang berjiwa rakyat serta memiliki keperibadian yang sangat baik. Malah hampir semua staf di wad diraja sayangkan Almarhum kerana peribadinya yang menghormati mereka seperti ahli keluarga sendiri.

Apabila mengetahui kemangkatan Almarhum, beliau pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan namun redha dengan takdir Allah SWT yang lebih sayangkan Allahyarham.


Dua minggu sebelum Allahyarham menjalani pembedahan di hospital swasta di China pada penghujung tahun lalu, dia sering mengusik dan mengejutkannya bila berpeluang berbuat demikian.


“Sebab itu apabila mengenang semula saat itu hati saya menjadi sebak kerana saya amat menyayanginya Allahyarham macam anak saya sendiri,” katanya.




0 comments:

Post a Comment