Friday, 4 December 2015
Filled Under:
semasa
"Ibu Ini Berusaha Berjimat Sebaik Mungkin Tapi..." - Luahan Pedih Wanita Ini
Posted By:
Unknown
on 23:40
Kenaikan harga tiket bagi beberapa pengangkutan awam seperti bas dan komuter kali ini mengundang kemarahan orang ramai. Slogan ‘Janji Ditepati’ hanya tinggal janji.
Telah kita ketahui pelbagai alternatif disarankan oleh kerajaan antaranya keluar awal pagi ke tempat kerja, bercucuk tanam dan banyak lagi. Malah ada yang memberi saranan keluar seawal 4 pagi bagi mengelakkan tol.
Jom tengok luahan hati ibu ini yang berusaha sejimat mungkin dalam ekonomi yang semakin teruk kini.
ibu ini wanita bekerjaya..bekerja untuk mmbntu ekonomi keluarga.. setiap hari hanya menggunakan pengangkutan awam… ibu yg mengusung beg *peralatan perang* untuk memberikan titisan emas pada anaknya… malah ibu ini membawa kerusi kecil setiap hari kerana seringkali tiada tempat duduk untuknya..
Setiap hari ibu ini keluar rumah seawal pagi untuk menggunakan kenderaan awam malah smpai ke rumah hmpir jam 9 mlm… kadang lebih lewat..
Seruan kerajaan keluar awal untuk naik pengangkutan awam?
Ibu ini dah buat..
naik kenderaan awam, kalau x mmpu naik kereta sendiri…
keluar rmh awl klu x nak terperangkap dlm kesesakan lalu lintas, tp seawal mana yg dia mmpu?
mustahil nk hntar anak pd pengasuh seawal jam 4 pg, pengasuh juga manusia, perlukan rehat, jika hntr lebih masa perlu byr wang tmbhan, jd cara mcmana lagi harus berjimat…
ibu ini memberikan susu badan, kerana susu ibu adalah yg terbaik utk anak… ibu ini berusaha kerana faham akan meningkatkan lg belanja harian…
ibu ini memakaikan anaknya cloth diaper kerana ingin menyahut seruan go green, jgn cemarkan alam sekitar, juga kerana disposable diaper akan meningkatkn lg perbelanjaannya..
Tanam sayur sudah, bawa bekal sudah….
smlm, hrga tiket naik… sblm ni ibu ini memerlukan rm 112 utk pas bulanan nya… hari ini ibu ini memerlukan rm 192.. untuk perjalanannya… nampak perbezaan yang sangat ketara?
bagaimana lagi ibu ini harus berjimat… Ada cara lain lagi??
tanam sayur sudah, bawa bekal sudah, naik kenderaan awam sudah…
ibu ini perlu bekerja.. adakah ibu2 perlu berhenti kerja??? Kalau berhanti keja nak makan apa? tak kan nak puasa sepanjang masa kot.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment