Tuesday 8 December 2015

Filled Under:

“Kalau benar dia memuji rakan saya itu persis Kim Kardashian, itu antara dia dengan Tuhan'' - FAZURA



Masih belum reda dengan isu KimK, Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali dengan nama pendek Fazura mempertahankan tindakannya yang menegur pengguna media sosial yang menggunakan perkataan tersebut. 


Kalau benar dia memuji rakan saya itu persis Kim Kardashian, itu antara dia dengan Tuhan.

“Tapi jika niatnya cuba mempersenda, dialah yang harus memohon maaf pada rakan saya itu kerana ia dibuat di media sosial. Rakan saya pun ada perasaan. Tidak semua orang tahu cerita sebenar,” kata Fazura memetik laporan The Malay Mail.

Perkataan KimK muncul apabila seorang pengguna instagram memberi komen di instagram Fazura dengan menggunakan ayat KimK yang menjadi salah faham dan sehingga hari ini netizen mengharapkan Fazura memohon maaf kepada individu terbabit.


Malah keadaan menjadi lebih parah apabila entri mengenai Fazura di Wikipedia turut menjadi mangsa akibat perkataan tersebut. Apa pun, kami harap salah faham ini akan berakhir dengan elok.




0 comments:

Post a Comment