Seorang warga emas Fatimahzahrah Abdul Ghani merupakan salah seorang di antara mereka yang terkesan dengan pemergian Almarhum Tunku Jalil.
Menurut beliau, Tunku Abdul Jalil merupakan seorang anak raja yang dekat dengan rakyat dan melayan rakyat tanpa mengira kaum malah menghormati rakyat yang lebih tua.
Paling dia takkan lupakan apabila almarhum mencium tangan beliau ketika bersalaman sempena Rumah Terbuka Aidilftri lalu.
“Tunku Jalil cium tangan makcik dan makcik dapat rasa tangannya sangat sejuk. Jauh di sudut hati makcik cukup terharu seorang anak raja boleh mencium tangan rakyat yang lebih tua daripadanya,” katanya.
Malah, pada hari pengebumiam almarhum, dia menaiki bas sendirian dari Larkin ke Istana Besar untuk memberi penghormatan terakhir kepada Tunku Jalil.
Fatimahzahrah 69 mengatakan dia mula mengikuti perkembangan keluarga Diraja itu sejak dari dahulu dan tidak pernah ketinggalan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Pasir Pelangi sejak 1997.
“Makcik sayangkan keluarga diraja ini sehingga tidak pernah ketinggalan berkunjung ke Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di Istana Pasir Pelangi sejak Tunku Aminah berusia 11 tahun lagi.
“Ketika kemangkatan Almarhum Sultan sebelum ini (Sultan Iskandar), makcik ikut berarak di belakang Pedati Khas Diraja ke Makam Diraja Mahmoodiah,”
Begitu besar impak dan ingatan buat Tunku Jalil dari rakyat yang begitu sayangkan almarhum. Semoga Almarhum ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al Fatihah.
0 comments:
Post a Comment