Juara Parodi yang digantikan dengan Program Tribute to Pak Yus jumaat lalu menimbulkan sedikit kontroversi kerana ramai yang mempertikaikan aktiviti nyanyian yang mana ramai menyifatkan seeloknya dibuat dengan bacaan al quran untuk disedekahkan kepada Pak Yus.
Penerbit rancangan tersebut, Afdlin Shauki menjawab kritikan yang diberikan oleh orang ramai ;
Saya tidak kisah apa yang orang luar mahu cakap tentang program ini, bagi saya ia adalah ruang untuk kami yang sudah dianggap seperti keluarga untuk meluahkan segala perasaan sedih. Kalau orang luar fikir perkara negatif tentang program ini, itu hak mereka dan sila tutup televisyen atau tonton siaran lain.
Menurut afdlin, peserta yang menghadiri program pada malam tersebut adalah rakan rapat Pak Yus dan baginya inilah masa meluahkan rasa hati mereka dengan kehilangan Pak Yus.
Malah,jika pertandingan Juara Parodi diteruskan pada malam tersebut, belum tentu peserta yang menyertainya mampu melakukan persembahan kerana masih lagi bersedih kehilangannya.
Inilah tempat untuk luahkan apa yang kami rasa dan kita tak mahu orang fikir kita tiada perasaan kepada arwah selepas kita kembali bekerja. Saya yakin jika tiada tempat untuk luahkan tempoh kesedihanakan lebih panjang. Secara jujurnya sejak mendapat berita kehilangan Yus, saya sendiri hingga sekarang tidak mampu untuk tersenyum biarpun ada peminat ajak bergambar.
Pak Yus menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang pada 30 November lepas sekitar jam 12.30 pagi kerana serangan jantung. Jenazah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.
Pada pendapat kami, isu meluahkan isi hati rakan rapat arwah tidak ada masalah cuma acara nyanyian dilihat seperti kurang sesuai untuk mengenang arwah. Rata rata netizen mengharapkan sepanjang 3 jam lebih banyak acara bacaan al quran dan doa dilakukan selain mengimbas kembali kenangan Pak Yus yang sering menghiburkan hati mereka. Apapun, kami harap selepas ini afdlin mengambil kritikan ini secara lebih positif.
Cali jua pemikiran urang Malaysia ane...hal ane pun mau di takak kan kah...apalah.
ReplyDelete