Faizdickie atau nama sebenarnya Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 27, di antara mereka yang turut meratapi pemergian Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil yang mangkat malam tadi.
Menerusi Instagramnya, Faizdickie menyatakan rasa kesal kerana tidak sempat meluangkan masa untuk melawat Almarhum Tunku Jalil ketika kesihatannya semakin tenat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
“Jangan tunggu. Itu sahaja nasihat abang. Jangan tunggu. ''Kalau ada sesiapa yang patut anda jumpa, pergilah. You will never know,” tulis Faizdickie sambil memuat naik sekeping gambar perbualan WhatsAppnya dengan Almarhum, dua minggu lalu.
dia sepatutnya menziarahi Almarhum di hospital, dua minggu lepas ketika menghantar anak buahnya ke Segamat, Johor Bahru.Namun kerana kesuntukkan masa, Faizdickie tidak sempat untuk menziarahi Almarhum pada masa itu.
Tambah Faizdickie, Almarhum juga merupakan seorang insan yang kuat dan tabah kerana apabila setiap kali bertanya mengenai kesihatannya, Almarhum akan berkata, ‘still surviving’.
Mesej terakhir dari Tunku Jalil ''I MIGHT STILL BE IN HOSPITAL WHEN YOU COME'' cukup meruntun jiwa Faizdickie yang kecewa kerana melengahkan masa untuk berjumpa dengan almarhum. Al Fatihah.
0 comments:
Post a Comment