Wednesday, 9 December 2015

Filled Under:

"Almarhum Datang Jumpa Dan Minta Makcik Redha," Cerita Ibu Anggota Polis Terkorban Di Lahad Datu




Pemergian Tunku Abdul Jalil Sultan ibrahim, Tunku Laksamana Johor sangat dirasai oleh ramai orang terutamanya mereka yang pernah bertemu atau berjumpa dengan baginda.



Ini terbukti apabila pemergian Almarhum Tunku Jalil sangat terkesan oleh seorang warga emas yang merupakan ibu kepada seorang anggota polis yang terkorban dalam tragedi berdarah di Lahad Datu, Allahyarham Sarjan Abdul Azis Sarikon pada Mac, 2013 lalu.

Menurut ibu kepada  Allahyarham Abdul Aziz ,Matrah Salim, 96, sebaik Tunku Jalil mengetahui anaknya terkorban semasa bertugas di Sabah hari itu, Almarhum terus menghubunginya sekeluarga dan menyatakan hasrat untuk bertemu mereka sekeluarga.

Malah menurut Matrah lagi, imbau kembali saat kedatangan Tunku Jalil di rumahnya, almarhum sempat memujuk dan memberi kata semangat kepada beliau yang ketika itu bersedih dengan pemergian arwah anaknya.

"Almarhum pujuk makcik supaya reda dengan setiap ketentuan ALLAH.

“Almarhum sempat kata yang rakan karibnya, Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran  turut terkorban dalam tragedi sama. Pemergian wira negara itu sesuatu yang cukup membanggakan kerana mempertahankan negara," 

Begitu mendalam kata kata almarhum untuk menenangkan hati ibu yang kehilangan anak tersayang namun, dia tidak menyangka selepas beberapa tahun, Almarhum pula dijemput Ilahi.

"ALLAH cukup menyayangi orang yang baik-baik,” katanya dalam nada sebak.

Menceritakan kembali kenangan bersama Tunku Jalil, abang Allahyarham Abdul Aziz, Suradi Sarikon, 60, Almarhum Tunku Abdul Jalil sempat mengetuai bacaan tahlil serta Surah Yasin untuk Allahyarham adiknya.

“Almarhum berkunjung ke rumah kira-kira sejam dan sempat bermesra dengan kami, seolah-olah kami ini sekeluarga, sedangkan itu kali pertama kami bertemu.


"Kami sekeluarga bangga mempunyai kerabat Diraja yang berjiwa rakyat," katanya.

Nota kaki: Melihat seorang anak raja yang sanggup duduk atas lantai tanpa rasa kekok dah boleh nampak personaliti almarhum yang sangat merendah diri dan tidak membezakan pangkat.. 

 Al Fatihah




0 comments:

Post a Comment