Friday 4 December 2015

Filled Under:

GADIS CANTIK INI DIBURU 2000 LELAKI HANYA KERANA SEKEPING KERTAS




Pelik tapi benar. Itulah yang terjadi kepada wanita cantik ini yang menjadi rebutan lebih 2000 orang lelaki ekoran sekeping kertas yang menyatakan keinginan yang akan dilekatkan di dinding 'keinginan'.





Pelajar di Universiti dan Teknologi Chengdu itu telah menulis keinginan beliau untuk mendapatkan teman lelaki.

Beliau telah menulis sebuah mesej yang menyebabkan dia di buru olah ramai jejaka yang berhimpun untuk berkenalan dengannya.

Mesej berbunyi;

"Nama saya Zhang Mengqian, mahasiswi tahap pertama, dan saya rasa saya cukup menarik. Tapi anehnya, saya sukar untuk mendapatkan teman lelaki.

 Bagaimanapun, saya percaya pada yang namanya takdir. Jika kamu mempunyai keinginan yang sama, sila datang ke bawah asrama saya dan teriakkan nama saya antara pukul 12:30 hingga 12:50 pada 11 Mac. saya akan memperhatikan kamu diam-diam dari dalam asrama. jika kamu jenis saya, saya akan turun menemuimu. "


Namun tanpa menyedari tindakannya itu, Zhang telah menyebabkan lebih 2000 pelajar lelaki berkumpul di depan asrama beliau dan mesej tersebut menjadi viral dan popular.

Tepat 11 Mac, kesemua lelaki yang membaca keinginan Zhang berkumpul dan hanya seorang saja yang berani berteriak.





0 comments:

Post a Comment