Sunday, 6 December 2015

Filled Under:

PAK YUSSEMPAT UJI SEMANGAT SETIAKAWAN AJAK, PINJAM 5000



Kisah di bawah ini kami kongsikan kebaikan arwah ketika masih hidup. Bagi Ajak Shiro, arwah Pak Yus pernah menguji persahabatan mereka berdua.




Seminggu sebelum Pak Yus meninggal dunia, dia ada menghubungi Ajak untuk meminjam duit sebanyak Rm5000. Tanpa banyak soal, Ajak terus meminta no akaun Pak Yus untuk pinjamkan kepada arwah. Mungkin ketika itu arwah dalam kesusahan.

Selepas duit di masukkan pada hari rabu, arwah berjanji akan membayar balik secepat yang mungkin dan tanpa di sangka,pada hari khamis Pak Yus telahpun membayar balik rm4500. "Aku bayar hang lagi RM500 pada hari Jumaat sebab aku dah dapat duit Super Spontan (wang hadiah),"

Walapun terasa pelik dengan sikap Pak Yus, Ajak hanya iyakan saja dan tepat hari jumaat, Pak Yus menyerahkan baki Rm500. Rupanya Pak Yus hanya ingin menguji semangat setiakawan. Menurut Tauke Jambu, duit super spontan belum pun diperolehi. Malah menurut Tauke, Pak Yus teringin berpasangan untuk melawak sekiranya Tauke tidak lagi bersama.

Malah, Pak Yus juga pernah menguji Ajak sebelum ini dengan meminta tolong kereta nya rosak namun apabila mengikut arwah, sebenarnya kereta yang dimaksudkan adalah kereta prop.

Ternyata Pak Yus sangat sayangkan sahabat dan mementingkan persahabatan. Semoga roh Pak yus tenang di sana.




0 comments:

Post a Comment