Sunday, 6 December 2015
Filled Under:
semasa
6 PERSONALITI DAN KEBAIKAN ALMARHUM TUNKU ABDUL JALIL YANG JADI SANJUNGAN RAKYAT l ALFATIHAH
Posted By:
Unknown
on 08:48
Semalam, sekali lagi rakyat Malaysia digemparkan dengan pemergian insan yang amat disanjung peribadinya, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang mangkat jam 7 petang.
Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Mangkat. Al-Fatihah.
Walaupun pemergiannya ditangisi, segala peribadi mulia dan kebaikannya di dunia ini tetap diingatan bukan sahaja rakyat Johor, tetapi seluruh Malaysia. Al-Fatihah.
1. Seorang yang suka bergurau senda
Bukan sahaja suka bergurau dengan adik beradiknya, malahan Almarhum Tunku Abdul Jalil juga suka menyakat insan sekelilingnya. Termasuklah video Almarhum Tunku mengusik seorang nurse yang menjadi viral di laman sosial beberapa bulan lepas.
2. Almarhum juga seorang yang sukakan haiwan
3. Almarhum Tunku Abdul Jalil Adalah Seorang Inspektor
Almarhum Tunku Abdul Jalil pernah menjalani kursus latihan kepolisan selama 9 bulan sekali gus bergelar Inspektor pada tahun 2011.
4.Mudah Didekati & Peramah
Walaupun Almarhum anak raja namun dia tidak pernah bangga diri dan sentiasa senang dengan sesiapa pun.
5. Kerabat Raja Berjiwa Rakyat
Almarhum adalah satunya anak raja yang sanggup bersihkan kandang zoo dan juga membuat abc di jalanan tanpa mengira status beliau.
Malah, Almarhum juga Kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, beramah mesra dan bertanya khabar.
6. Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor Ditubuhkan
Tunku Jalil telah membuat pengumuman akan berkongsi kisah susah payahnya kehidupan dalam mengharungi hidup sebagai pesakit kanser. Tunku ingin sekali membantu pesakit-pesakit kanser serta mahu memberi mereka semangat dalam menempuhi dugaan.
Sudah 1 tahun berlalu semenjak saya disahkan mengidap Kanser. Tidak lama lagi saya akan berkongsi kisah susah payah saya mengharungi hidup sebagai pesakit Kanser. Setelah mengetahui ada ramai pesakit Kanser diluar sana yang melalui pengalaman seperti saya, saya tidak dapat berdiam diri. Saya bercakap bagi pihak anda semua supaya masyarakat dapat memahami apa yang kita lalui serta saya sentiasa di sini untuk menyokong anda semua.
Kepada pesakit kanser, ini adalah permulaan pada perjalanan hidup yang mengajar kita erti kehidupan sebenar. SAYA KETEPIKAN GELARAN, PANGKAT, KETURUNAN DAN DARJAT! Kenali diri saya dengan lebih dekat.
Pasting ayahanda almarhum orang yang paling sedih dan kehilangan ini turut dirasai oleh kami semua. Al Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment