Puteri tunggal bagi Sultan Johor, Tunku Aminah baru baru ini telah berkongsi gambar dirinya yang sedang menikmati minuman Starbucks bersama abangnya iaitu Tunku Idris. Namun, gambar itu menerima komen yang agak tidak bersesuaian dengan gambar apabila seorang pengguna Instagram yang menggunakan nama Dragonsle mengeluarkan komen mempersoalkan harta kekayaan kerabat diraja Johor.
Kenyataan itu jelas m seperti mempertikaikan Tunku Aminah sehingga terdapat beberapa rakyat Johor yang turut memperjelas bagaimana sebenarnya kerabat Diraja Johor mendapat wang tanpa mengharapkan duit kerajaan.
Elaun kerajaan itu mereka salurkan kepada golongan yang lebih memerlukan. Kerabat Diraja Johor juga dikatakan memiliki perniagaan dan bisnes sendiri. Tunku Aminah membalas segala persoalan dan pertikaian yang ditimbulkan dan turut menceritakan dari mana sumber pendapatannya dan apa sebenarnya sumbangannya kepada rakyat Johor dan kenyataan TUNKU Aminah itu disokong kuat oleh Tunku Idris.
0 comments:
Post a Comment