Tuesday 8 December 2015

Filled Under:

Pengikut Instagram Naik Mendadak, Siti Nordiana Bakal Juara Gegar Vaganza 2?



Sedar tak sedar, minggu ini adalah minggu akhir Gegar Vaganza 2. Berdebar-debar rasanya mahu melihat persembahan 6 peserta di pentas akhir iaitu Siti Nordiana, Haiza, Ezad Lazim, Acong, Faradhiya dan Nassier Wahab. Rasa macam terlalu cepat masa berlalu. Namun berdasarkan persembahan semasa, nampak gayannya peluang untuk Siti Nordiana merangkul gelaran juara adalah lebih tinggi memandangkan persembahannya yang sentiasa konsisten setiap minggu.


Malah minggu lalu Siti Nordiana sekali lagi mendapat tempat pertama dengan lagu “Mengapa” nyanyiannya Nicky Astria. Malah juri sendiri tidak dapat mencari kesilapan dalam persembahan yang dianggap di antara lagu yang paling sukar untuk di bawakan namun nana berjaya lalui dengan mudah.

Akaun Instagram @sitinordiana pula kini menunjukkan penambahan pengikut lebih daripada 100 ribu selepas penglibatannya di dalam Gegar Vaganza 2.  Sehingga kini, peminat nana mencecah 230 ribu. Fuh satu angka yang bukan mudah untuk dikejar. . Kata Nana:-

Jika dahulu follower Nana lebih kurang 100 ribu sahaja tetapi selepas GV, follower sudah meningkat sehingga lebih 200 ribu. Alhamdulilah, syukur.
Dan jumlah yang like pun dah bertambah. Dulu nak dapat like 500 pun susah. Sekarang alhamdulilah, pos apa-apa pun like ribu-ribu. Terima kasih sangat kepada peminat yang sokong Nana.

Nana gembira sangat. Segala pengorbanan untuk GV, ulang alik dari Seremban, ambil kelas vokal dan sebagainya akhirnya berbaloi.
InsyaAllah, selepas ini Nana akan terus berkarya demi peminat.


Kami harap minggu depan nana akan memberikan persembahan terbaik dan muncul juara. Selepas habisnya gegar vaganza ini, semoga Diharap Siti Nordiana akan terus aktif menyanyi untuk melepaskan kerinduan para peminatnya. Tahniah nana atas persembahan yang tidak mengecewakan setiap minggu.




0 comments:

Post a Comment