Sunday 6 December 2015

Filled Under:

DATO SITI NURHALIZA KONGSI PERBUALAN TERAKHIR DENGAN TUNKU LAKSAMANA JOHOR, TUNKU ABDUL JALIL




Menerusi laman sosial Instagramnya, Siti Nurhaliza menyatakan beliau berbual dengan Allahyarham Tunku Abdul JALIL pada Rabu lepas yang merupakan kata-kata semangat terakhir antara mereka berdua.



''Rabu lalu dan terakhir Jumaat lalu ..kata2 semangatnya akan saya simpan kemas dalam ingatan dan bila teringat saya akan baca semula perbualan kami & video yg saya rakam.. #Tjdalamkenangan#Muliahatinya #Rajaberjiwarakyat#kehilangan''


Sesiapa yang rapat dengan almarhum pasti terkesan dengan pemergian beliau mengadap ilahi. 

Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam tadi di Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat kanser. Almarhum merupakan anakanda keempat dari enam adik beradik dan putera kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah.




0 comments:

Post a Comment