Sebut saja nama The Rock pasti ramai yang mengenali terutama dengan lakonan beliau yang bersahaja dan penuh aksi. Namun, apa yang mengkagumkan badan The Rock sentiasa kelihatan mantap dan sasa.
Berketinggian 6 kaki 7 Inci, dan berat mencecah 270 Paun (122.47 KG) Bintang Hollywood dan juga bekas ahli sukan Wrestling WWE ini mampu membuatkan penonton kagum setiap kali beliau beraksi di depan kaca TV.
Tetapi bagi Dwayne ‘The Rock’ Johnson, untuk memiliki bentuk badan yang sasa dan tegap seperti itu bukanlah suatu perkara yang biasa dan ia tidak datang semudah rutin senaman harian yang selalu kita lihat.
Untuk bergelar bintang Hollywood beliau perlu terikat kepada beberapa rutin diet yang benar-benar ketat dan ekstrim, dan perlu mengambil sejumlah mungkin jumlah kalori yang diperlukan setiap hari.
Jumlah kalori yang diambil oleh The Rock adalah 5165 kalori/sehari dan perlu makan sebanyak 10 Paun (4 Kilo) sehari. Setiap hidangan wajib mengandungi karbohidrat dan protein yang secukupnya. Memang betul betul berdisiplin dia ini.
Sarapan Pagi: Selepas sesi kardio pada awal pagi, ini adalah hidangan pertama The Rock |
0 comments:
Post a Comment