Thursday 26 November 2015

Filled Under:

Apa Salahnya Jadi Pak Guard? – Datuk Seri Shah Rezza




Datuk seri shahrezza, nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan. Walaupun bergelar datuk, namun beliau tidak menolak dalam berlakon sebagai Pak Guard dalam drama yang menjadi bualan masa ini Tuan Anas Mikael lakonan Aaron Aziz dan Zara Zya.




Segelintir peminat bertanya kepada beliau kerana lakonannya yang menjadi pak guard dalam drama novel bersiri tersebut dan ini jawapan beliau..

Apa salahnya jadi pak guard? Bagi saya, melakonkan watak yang berlainan dengan diri kita adalah erti pelakon sebanar. Saya tidak kisah dan bersedia diberikan apa sahaja watak.
Kalau dilihat sejak saya aktif sekitar 80-an pun watak saya hanya watak pembantu sahaja bukan watak-watak besar pun. Jika dikatakan tidak sesuai atau setaraf dengan kedudukan saya sekarang itu adalah silap kerana saya tidak pernah membezakan taraf kehidupan saya dengan orang lain.


Malah, seawal kemunculan beliau dalam kemunculan dalam bidang lakonan, Shah Reza yang merupakan kerabat diraja kelantan tidak pernah menonjolkan statusnya itu. Ini adalah contoh artis yang sentiasa humble dan berpijak di dunia yang nyata.


Apa pun, kami sangat terhibur dengan lakonan bersahaja Datuk Seri Shahrezza dalam TAM. Semoga terus sukses! 




1 comments:

  1. Datuk Seri Shah rezza
    Noratiqah & Nuratiqah
    zara zya 😍

    ReplyDelete