Friday, 27 November 2015

Filled Under:

Kemunculan Dajjal, Tanda Kiamat Hampir




Kemunculan Dajjal semakin hampir.Rasanya semua sedar akan fenomena semula jadi yang melanda sejak akhir-akhir ini.
 Bagi kalangan yang bukan Islam , mungkin ia hanya fenomena semula jadi yang biasa tetapi bagi umat Islam, ianya adalah tanda-tanda akhirat yang ditunjukkan oleh ALLAH S.W.supaya hamba-Nya tidak terus leka dengan melakukan maksiat dan kejahatan di muka bumi.


Tanpa kita sedari hari demi hari perubahan iklim cuaca berlaku secara mendadak dan ianya merupakan peringatan yang telah Allah SWT berikan.

Jika diteliti semula dalam kitab-kitab tentang apa sebenarnya kaitan antara cuaca yang panas melampau dengan akhir zaman, kita akan temui bahawa ianya berhubung kait dengan Dajjal. Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan iaitu 3 tahun sebelum kemuculan dajjal, Allah akan sekat langit dari turunnya 1/3 hujan dan Allah SWT perintahkan bumi untuk matikan 1/3 daripada tumbuh-tumbuhan. Jika kita perasan semasa lebih kurang sebulan lebih musim panas yang berlaku, apa yang terjadi pada tumbuh-tumbuhan? Kebanyakan rumput telah menjadi kuning, di kiri dan kanan lebuhraya kelihatan banyak pokok sudah terbakar. Begitu juga dengan empangan-empangan, kebanyakkan empangan sudah kering, seperti di Selangor empangan telah menjadi surut tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini merupakan tahun yang dahsyat kekeringannya sehingakan kita diarahkan untuk membuat Solat Istiqsa’ yang tidak pernah dibuat sebelum ini.

Tahun kedua Allah SWT akan menyekat langit dari menurunkan 2/3 hujan dan 2/3 dari tumbuh-tumbuhan di bumi akan dimatikan. Tahun ketiga Allah SWT akan menyekat langit dari menurunkan 3/3 hujan dan Allah SWT perintahkan bumi mematikan 3/3 seluruh tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang berkuku, binatang- binatang bergraham semua akan dimatikan Allah SWT. Bayangkan bagaimana waktu ketika itu? hujan tak turun sekian lamanya menyebabkan padi tidak boleh tumbuh, elektrik juga tidak dapat berfungsi kerana sumber utama elektrik di Malaysia yang menggunakan sistem hidroelektrik adalah daripada air di empangan-empangan yang menghasilkan kuasa elektrik.


Baru-baru ini kita juga dikejutkan dengan bunyi-bunyi dilangit yang mengerunkan di seluruh dunia termasuk yang paling dengan kita adalah di Bintulu. Saintis tidak dapat kesan bunyi itu datang dari mana. Cukup menakutkan, bunyi terlalu kuat sehingga bergegar cermin. Jika kita rujuk kepada kitab yang ditulis oleh Ibnu Katsir tentang tanda kiamat bab sangkakala, kita akan mengetahui bahawa tiupan sangkakala akan ditiup sebanyak 3 kali iaitu tiupan pertama merupakan tiupan Nafkhatul faza’ iaitu tiupan yang mengerunkan dan menakutkan kepada siapa yang mendengarnya. Tiupan kedua adalah tiupan kiamat dan tiupan kedua adalah tiupan menghidupkan semula.

Tanda demi tanda dah ditunjukkan Allah SWT, namun ramai lagi yang tidak sedar, fitnah akhir zaman sudah semakin hampir, ujian Dajjal merupakan ujian yang paling besar sehinggakan Para Sahabat cukup takut berada di zaman kemunculan Dajjal, semoga kita dijauhkan dari zaman kemunculan Dajjal. Dajjal akan muncul apabila mimbar-mimbar ,khutbah tidak lagi membicarakan tentang Dajjal.

Oleh itu, kita diminta untuk mengamalkan bacaan Surah Al-Kahfi iaitu 10 ayat awal dan 2 ayat terakhir Surah Al-Kahfi, banyakkan berdoa kepada agar dijauhkan dari fitnah Dajjal dan dekatkan diri dengan majlis-majlis ilmu.




0 comments:

Post a Comment