Sunday 29 November 2015

Filled Under:

Remaja Raih Pendapatan RM6,399 Sehari Bermodalkan Makan Didepan Webcam



Anda mungkin tak percaya yang remaja lelaki ini mampu meraih pendapatan purata melebihi rm 6,399 sehari..


Remaja kurus dari Korea Selatan ini mampu menjana pendapatan sehingga rm6,399 sambil memakan makanan segera yang ditontongi oleh ribuan peminatnya. Kim Jung In, 14 atau lebih dikenali sebagai Patoo menikmati makanannya di hadapan komputer di dalam sebuah bilik dirumahnya di selatan Seoul sambil ditemani oleh ribuan peminatnya melalui video yang bersiaran secara langsung.

Beliau yang menikmati makanan sambil berkomunikasi dengan peminatnya melalui siaran Afreeca TV yang disiar secara langsung.



Kim telah makan di hadapan penonton hampir setiap petang sejak dia berumur 11. Ianya merupakan salah satu cara buat Patoo untuk mencari sahabat untuk makan kerana ibu bapanya bekerja di bandar dan beliau tinggal bersama datuk dan neneknya.

Beliau mendakwa rancangan ini telah membuatkan beliau lebih kerap untuk makan walaupun kebanyakkannya hanya menikmati makanan di Afreeca TV. Acara ini telah membuatkan beliau kini berubah menjadi status selebriti dan membuatkan beliau kini dikenali ramai.







0 comments:

Post a Comment