Saturday, 28 November 2015

Filled Under:

Lelaki Terkejut RM342,044 Tiba-Tiba Ada Dalam Akaun Bank



RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang lelaki sangat terkejut apabila mendapati sejumlah wang bernilai SR 303,000 (RM 342,044) dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya.



Namun atas sikap kejujuran, lelaki terbabit enggan menggunakan wang tersebut.


Keesokan harinya, beliau menelefon pihak bank untuk mengenalpasti individu yang memasukkan sejumlah wang yang begitu besar dalam akaun simpanannya.

Malah paling mengejutkan, pihak bank memaklumkan tiada kesilapan transaksi pada akaun beliau.


Masih tidak berpuas hati, lelaki tersebut kemudian berjumpa dengan pengurus bank tersebut bagi membuat semakan kali kedua.

"Setelah diteliti, pihak bank kemudiannya mendapati kakitangan bank tersebut telah melakukan kesilapan dengan mendepositkan wang yang sepatutnya dimasukkan

ke dalam akaun lain ke dalam akaun lelaki tersebut", - Emirates24/7




0 comments:

Post a Comment