Thursday 26 November 2015

Filled Under:

PDRM Johor Terima Nissan GT-R Daripada Sultan Johor



Sultan Johor, iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan menaja sebuah kereta untuk kegunaan PDRM Johor, sempena hari keputeraan baginda.


Kereta berkenaan yang asalnya hadiah daripada Tengku Temenggong Johor, Tuanku Idris kepada Sultan Ibrahim sempena hari keputeraan baginda baru-baru ini.

Kereta tersebut yang memiliki nombor pendaftaran JZ 42 itu dipercayai akan digunakan sebagai kereta pengiring DiRaja Johor. Harga bagi GT-R ini mencecah rm600,000 dan memiliki kuasa enjin hingga 550hp bagi model 2015.







0 comments:

Post a Comment